Soalan Lazim

Berikut adalah antara soalan-soalan lazim yang bakal ditanya oleh anda atau prospek kepada anda. Mungkin dengan sedikit pembacaan bakal menyakinkan prospek-prospek anda. Selebihnya anda adalah bertanggungjawab dan rajin untuk menambahkan informasi tentang bisnes yang amat kompetitif ini.


Bagaimana hendak mendaftar sebagai agen MyMode?
Untuk mendaftar sebagai agen, jumlah minimum yang perlu di bayar adalah sebanyak RM65 di mana RM54 adalah sebagai yuran pendaftaran serta keahlian MyMode dan RM11 akan dikembalikan semula kepada anda yang disimpan di dalam akaun sistem komputer MyMode yang boleh di akses melalui handphone anda. RM11 tadi adalah modal pertama anda dalam perniagaan ini. Modal selanjutnya boleh ditambah bila² masa sahaja melalui perbankan internet atau ATM.

Bagaimana proses pendaftaran dan bayaran?
Seperti perniagaan² yang lain, anda memerlukan penaja@upline untuk tujuan pendaftaran. Ini bertujuan memudahkan syarikat dan juga penaja@upline berurusan. Kerana dengan kepesatan perniagaan amat mustahil untuk syarikat untuk serve ‘one to one basis’ kepada kita. Pendaftaran adalah melalui SMS menggunakan telefon bimbit dan tidak ada sebarang borang. Bayaran pendaftaran sebanyak RM65 sahaja. Untuk mendaftarkan agen baru pastikan nilai kredit dalam akaun anda melebihi RM65 kerana semasa proses pendaftaran agen baru, nilai kredit dalam akaun pihak penaja@upline akan ditolak dan RM11 dimasukkan ke dalam akaun agen baru. SILA RUJUK SMS COMMAND untuk membuat sebarang urusan.

Apakah yang perlu saya buat setelah menjadi agen berdaftar?
Anda akan mendapat no PIN sebaik sahaja telah didaftarkan menjadi ahli. PIN tersebut akan diterima melalui SMS dari MyMode dan tertulis dalam telefon bimbit anda baki sebanyak RM11. SILA RUJUK SMS COMMAND untuk membuat sebarang urusan. PIN no tadi adalah kod bagi setiap transaksi anda dengan MyMode.

Saya berminat untuk menyertai program bisnes ini, tetapi saya menggunakan post paid@pascabayar, adakah boleh saya menyertainya?
BOLEH, tidak menjadi masalah kerana anda masih boleh menjual prepaid tersebut kepada mereka yang menggunakan prepaid dan menaja seberapa ramai agen² baru. Ingat, telefon anda bukan hanya untuk membuat dan menerima panggilan tetapi boleh menjana pendapatan ke dua anda.

Bagaimana caranya untuk saya atau downline saya mendapatkan produk yang ada?
Untuk mendapatkan produk² terkini, SILA RUJUK SMS COMMAND atau Jadual 1 ataupun di web rasmi MyMODE@MYeCASH www.mymode.com.my

Bayaran bonus dalam bentuk apa?
Bonus akan dibayar dalam bentuk point ke dalam akaun anda. Point tersebut boleh ditunaikan ke dalam akaun bank dengan menghantar arahan SMS kepada server. Atau anda boleh menggunakan sebagai MyPoint untuk menambah nilai pelanggan anda.

Boleh saya dapatkan semula no PIN sekiranya terLUPA?
Untuk dapatkan no PIN semula, anda perlukan bantuan daripada upline anda kerana melalui handphone nya sahaja anda boleh mendapatkan kembali no PIN anda.

Kalau tiada downline dapat apa-apa bonus ke?
ADA, tapi sikit saja iaitu komisen jualan prepaid (personal sales) tapi sekiranya anda ada agen yang ramai, bonus yang anda akan perolehi adalah lebih banyak seperti personal retail discount, overriding bonus, sales pool, unilevel bonus, bonus CM Club dan bonus MobilePreneur dan banyak lagi. SILA RUJUK BONUS MYMODE.

Berapakah harga RELOAD prepaid yang dinikmati sebagai agen?
Sila lihat contoh kiraan di Jadual 1.

Berapakah harga yang patut dijual kepada pelanggan kita?
Kita menjual pada harga penuh mengikut harga pasaran sebenar kerana komisen yang diperolehi bagi mereka yang baru masih kecil tapi bagi mereka yang telah mempunyai agen yang ramai boleh jual lebih murah kerana telah menikmati komisen dan bonus yang besar.

Bagaimana seseorang itu dapat membuat tambah nilai untuk MyPoint Value (PPV), adakah mereka perlu buka akaun bank ataupun masukkan wang ke dalam akaun syarikat?
TIDAK perlu buka akaun bank, hanya masukkan ke dalam akaun bank syarikat atau pun melalui upline anda (Admin E4M), atau akaun saya sekiranya nilai kredit dalam akaun anda berkurangan. Tetapi anda digalakkan untuk membuat tambah nilai di ATM Maybank Kawanku. Lebih mudah dan menjimatkan masa.

Bilakah pemberian personal sales, bonus dan sebagainya?
Syarikat akan membayar bonus sebanyak 4 kali dalam sebulan. Pada setiap hari Khamis, MyMode akan menghantar SMS kepada anda berkenaan dengan bonus update. Ini bermakna anda akan menikmati bonus MyMode pada setiap minggu. Berbaloi bukan. Anda tidak perlu menunggu setiap hujung bulan untuk menikmati faedah bonus. Anda juga tidak perlu bergantung lagi kepada gaji anda untuk membayar hutang dan sebagainya. MyMode kini menjadi sumber pendapatan ke dua anda. Anda dinasihatkan supaya mengemaskini maklumat bank anda melalui arahan SMS atau melalui website MyMode. Ini bagi urusan pembayaran bonus anda berjalan lancar.

Kalau handphone hilang macam mana, boleh tukar nombor lain ke?
BOLEH, sila laporkan segera kepada pihak syarikat melalui surat yang boleh didownload pada ruangan Member Lounge di web rasmi Mymode. Lengkapkan borang tersebut dan hantarkan kepada syarikat sama ada melalui fax/pos/by-hand.

Yang penting siapakah yang boleh menyertai perniagaan reload prepaid ni?
Siapa pun anda tidak kira anda adalah pelajar, bekas pelajar, penjawat awam, pekerja swasta, bekerja sendiri mahupun yang menganggur boleh menyertai perniagaan ini. Yang penting anda mempunyai handphone dan tahu berSMS. Ini kerana perniagaan ini hanya dihujung jari. Mereka yang ada akses internet adalah satu kelebihan.